Buku

Metamorfosis Kimchi

Penulis: Lim Kim Hui

ISBN: 9789670798936

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Usaha penyair bukan Melayu, Lim Kim Hui untuk mempelbagaikan “budaya” dalam pengkaryaan puisi Melayu sewajarnya diberi pujian kerana secara tidak langsung beliau berjaya memperkasakan bahasa kebangsaan yang turut dikembangkan merentasi sempadan dan lautan ke negara luar seperti Korea Selatan dan Jepun.

Puisi-puisi dalam Kumpulan Puisi: Metamorfosis Kimchi ini kebanyakkannya mencuit memori penulis ke ruang ilham imaginasi penjenamaan semula Korea melalui drama dan muzik, malah “kimchi” itu sendiri asalnya sejenis makanan tradisi Korea. Turut diabadikan, imej fiktif budaya Jepun yang unik.

Karya ini juga diperlengkap dengan puisi-puisi kerinduan terhadap negara sendiri; dengan jujur menyentuh perubahan citra negara, identiti bangsa, peristiwa, musim, dan perasaan terhadap tanah air tercinta secara kreatif dan kritis.

Kini keenakan “kimchi” bukan sahaja pada rasanya, tetapi juga pada puitisnya! Manis, tawar, pedas diramu secukup rasa….