Buku

Merudum

Penulis: Joseph E.Stiglitz

ISBN: 9789830688947

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Joseph E. Stiglitz, Pemenang Hadiah Nobel dalam Ekonomi, menjejaki punca berlakunya Kemelesetan Besar, menjawab persoalan mudah dan menangkis pendapat bahawa Amerika memerlukan lebih banyak penyelamatan yang bernilai berbilion dollar serta pemberian pas percuma kepada pihak yang “terlalu besar untuk gagal”. Selain itu, Stiglitz turut menggariskan langkah alternatif dan mendedahkan bahawa wujud pilihan lain yang boleh membawa perubahan. Sistem yang diguna pakai kini telah musnah dan kita hanya boleh memperbaiknya dengan mengkaji semula teori yang mendasarinya, iaitu teori yang membawa kita kepada “kapitalisme gelembung” baharu ini. Stiglitz dengan yakin menegaskan bahawa keseimbangan antara kerajaan dengan pasaran perlu dikembalikan.

Merudum menjelaskan mengapa begitu ramai rakyat Amerika berasa begitu kecewa, dan bagaimana kita dapat merealisasikan sebuah ekonomi yang makmur dengan masyarakat yang bermoral untuk masa depan.