Buku

Mendung Hari Esok

Penulis: Silvia Molina
Penterjemah: Mohd Ridzuan Bin Abdul Malek  

ISBN: 9789830684000

Tahun Terbit: 2010

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Mendung Hari Esok adalah hasil karya Silvia Molina yang diterjemah daripada novel bahasa Sepanyol, La manana debe seguir gris. Buku yang berkisar tentang kisah cinta sepasang kekasih yang tidak kesampaian ini dioleh dengan santai, tetapi berani.

Karya ini digarap dengan menarik melalui penceritaan secara ringkas yang mendedahkan peristiwa berkronologi, iaitu rentetan peristiwa yang bermula dari 10 November 1969 hingga 26 Mei 1970 tentang kisah yang berlaku dalam kehidupan sebenar penulis yang melibatkan kehadiran Jose Carlos Becerra, penyajak dari Tabasco.

Pada masa yang sama, penulis menyelitkan peristiwa dunia yang benar-benar berlaku yang turut dimuatkan di dada akhbar.

Persoalannya, adakah penulis benar-benar berada dalam kisah cinta ini? Melalui Mendung Hari Esok, pembaca pasti mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.