Buku

Mencari Suci

Penulis: Puteri Al-Fateh Zainon

ISBN: 9789674601393

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Mencari Suci berkisah tentang seorang hamba kepada Tuhannya dalam mencari kebenaran. Tuhan tidak menjadikan manusia hanya sekadar untuk memenuhi buana ini tanpa apa-apa sebab. Ada hamba Tuhan yang patuh akan pesanan-pesanan yang disampaikan melalui wahyu dan para Utusan, dan ada juga hamba Tuhan yang tersasar lorong jalan kehidupannya yang kemudiannya mencari jalan pulang apabila dilanda musibah.

Itulah yang terjadi kepada Fazrul, seorang pemuzik muda yang terlalai dalam dunia punk. Setelah sedar daripada koma akibat kemalangan, dia mulai menyedari akan hakikat yang kehidupannya sudah jauh terpesong. Bermula dari situlah Fazrul mula mencari jalan kebenaran. Namun, dia telah tersilap memilih arah panduan dalam pencariannya. Dia terjebak dalam lingkaran fahaman Syiah dan berhasrat untuk membuang akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

Antara kecintaan kepada Ahlul Bait dan Ahli Sunah Wal Jamaah, yang mana akhirnya jalan kebenaran yang ditemukan oleh Fazrul? Mencari Suci akan memberikan jawapannya.