Buku

Mencari Pintu Ar-Rayyan

Penulis: Lara MN

ISBN: 9789674603267

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 18.00 / 23.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Perjuangan Mencari Pintu Ar-Rayyan bermula melalui puisi-puisi “Dirgahayu Ramadan”. Puisi-puisi dalam segmen ini melahirkan kerinduan dan keseronokan menunggu kehadiran ramadan serta harapan daripada kehadiran bulan yang mulia.

Angin dingin dari langit ketujuh membuka sir jendelamu ramadan
beropol langsir mustika jiwa menebak wangi ke langit dunia
gugur dalam titis hujah barakah di sela tabir bunga-bunga iktikaf (Dirgahayu Ramadan)

Menutupi sanggar puisi ini segmen “Ke Pintu Ar-Rayyan” membenihkan sifat keredaan dan penyerahan kepada takdir tuhan. Merendahkan sifat-sifat mazmumah dan mengangkat sifat-sifat mahmudah menjadi insan penuh pengabdian dalam kehidupan.

Kukubur kebencian di bawah senyummu
kuhanyutkan kesakitan dalam tangismu
kumaafkan dosamu dalam renyai cintaku subur dalam rahim tuhanku
(Membunuh Kebencian)