Buku

Membakar Mentari

Penulis: Ruzaini Yahya

ISBN: 9789674600594

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

“Dia membakar sendiri semangatnya, biar terus menyala”. Sekolah, tempat anak-anak menjadi dewasa dengan ilmu dan pengalaman. Sekolah juga mandala guru-guru mendewasakan pengalamannya dengan kisah-kisah anak remaja ini. Namun, tanpa kisah-kisah sebegini, tentu sahaja alam persekolahan tidak berwarna-warni untuk dikenang. Membakar mentari merupakan kumpulan cerpen remaja Ruzaini Yahaya, seorang pendidik yang menuliskan kisah anak-anak remaja membesar di alam persekolahan. Persahabatan, pergaduhan, persaingan, isu kekeluargaan menjadi rencah yang mewarnai dunia remaja sebelum melangkah alam dewasa. Ruzaini Yahaya turut merakam kisah-kisah guru yang di pendalaman, asrama dan perkampungan orang asli yang mempunyai ceritanya tersendiri. Kumpulan Cerpen Remaja: Membakar Mentari ini hangat oleh pelbagai cerita yang positif dan berjiwa pejuang.