Buku

Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Dari Malaysia & Singapura

Penulis: Rahimidin Zahari, Kartini Anwar

ISBN: 9789674300081

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan cerpen ini memuatkan 12 buah cerpen karya 12 orang pengarang generasi muda Malaysia dan Singapura daripada pelbagai latar belakang akademik dan kerjaya. Mereka terdiri daripada pensyarah, jurutera, pegawai perancang bahasa, guru, wartawan, penulis sepenuh masa dan jururawat.

Mereka merupakan penulis generasi baharu Malaysia dan Singapura yang telah membuktikan kehadiran mereka dalam jagat cerpen tanah air dengan memenangi pelbagai hadiah dan anugerah. Bahkan, masa depan kesusasteraan kedua-dua Negara berada dalam tangan mereka. Mereka telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam perjalanan cerpen Malaysia dan Singapura mutakhir dengan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan.