Buku

Matematik di Kedai Runcit

Penulis: Cecilia Minden

ISBN: 9789670869384

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Matematik

Beli Dalam Talian:

Lazada

Membelanjakan wang kamu dengan sebaik-baiknya di kedai runcit ialah suatu perkara yang mencabar. Selain memastikan kamu mendapat hasil tani dan daging segar, kamu perlu memerika label pada makanan bungkus dan melakukan perbandingan harga. Ketahui bagaimana kamu dapat menggunakan kemahiran matematik kamu untuk menguasai seni membeli-belah barangan runcit.

Siri Matematik Dalam Dunia Sebenar: Kesihatan dan Kesejahteraan ini memperkenalkan kepada pembaca beberapa cara matematik dapat membantu mereka membuat pilihan menyihatkan dalam dunia abad ke-21 yang semakin kompleks ini. Judul dalam siri ini ialah:
Bagi mendapatkan panduan pembacaan kamu, lihat catatan yang akan membantu membina kefahaman dan kemahiran yang kamu perlukan pada abad ke-21:
Kamu perlu mempelajari banyak perkara, tetapi kamu juga perlu mempelajari cara untuk belajar. Catatan ini membantu kamu menggunakan pengetahuan yang ada dengan lebih baik dan lebih kreatif.
Kamu bukan sahaja belajar membaca, bahkan mempelajari matematik, sains dan kajian sosial. Kamu juga perlu belajar tentang dunia pekerjaan dan komuniti kamu. Catatan ini menerangkan hal yang berkaitan dengan perniagaan dan wang. Malah catatan ini memberi kamu panduan tentang cara yang dapat membantu diri kamu, komuniti serta dunia.
Catatan ini menerangkan tentang kemahiran yang boleh kamu gunakan sepanjang hidup. Catatan ini juga memberi panduan tentang cara bekerja dengan orang lain, membuat keputusan dan mencapai matlamat hidup.