Buku

MATAMU RINDU YANG MEMINTA

Penulis: Sani Sudin

ISBN: 9789674607487

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Umum turut mengenali Sani Sudin sebagai seorang penyair. Puisinya pendek-pendek; sinikal dan tajam. Banyak puisi Sani bersifat lugu; justeru seperti sudah menjadi identiti kepenyairannya. Sani jarang berselindung dalam puisi-puisinya. Namun, kepuitisannya masih tetap terjaga dan terpelihara. ada sebahagian ciptanya mendalam dan menikam; ada selebihnya mendatar, biasa dan sedikit terlepas, lalu menggugah dan menyentak kita. terkadang, kita terpempan dengan mainan kata Sani yang bersahaja. Bahkan kadang-kadang Sani menampar kita dalam ketawa dan canda.

RIDZUAN HARUN
Penyair “diam”