Buku

Malam Hujan & Oksimoron

Penulis: Marsli N.O

ISBN: 9789670869476

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kata penulisnya: puisi tidak lain hanyalah ekspresi perasaan yang menyatakan segala sesuatu secara jujur, tetapi pada waktu sama, tidak bermaksud mahu memperbodoh orang lain sebagai pembacanya.

Kumpulan puisi ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu “Malam Hujan” yang melarutkan perasaan ke dalam puisinya, seperti seorang lelaki yang sedang bercerita tentang rahsianya bersama sunyi. Sedangkan “Oksimoron” mewakili ketegasan dan pertengkaran yang seperti sudah menjadi tanda khas Marsli N.O. Dengan mengambil imej Nobita, Goku, Shin-Chan dalam beberapa buah puisi, Marsli N.O berkontradiksi dengan banyak pertanyaan. Justeru, Marsli N.O mencabar pembaca untuk berkonfrontasi dengan ekspresi puisinya dalam Kumpulan Puisi Malam Hujan & Oksimoron.