Buku

Makhluk Kecil Tuhan

Penulis: Farahana Hussain

ISBN: 9789674600907

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Farahana Hussain berkarya untuk menyampaikan pengajaran dan pengetahuan baharu kepada khalayak, dan dengan 12 buah cerpen yang terkumpul dalam kumpulan ini menjadi wahana kepada beliau untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Setiap daripada kita mungkin akan terlepas beberapa sisi kehidupan lantaran kitaran hidup dan pengalaman yang berbeza. Sisi yang terlepas itu kadangkala tidak banyak orang yang mengambil peduli, tetapi mungkin dengan membaca mereka akan sedar dan akan menjadi lebih mengetahui. Karya yang terhasil sebenarnya ialah perkongsian yang cuba diberikan oleh penulis kepada para pembaca. Mungkin ada pengalaman penulis yang tidak dimiliki oleh orang lain. Misalnya, dalam kumpulan cerpen remaja ini, pengalaman penulis sebagai anak polis telah cuba dikongsi oleh beliau dengan pembaca. Begitu juga pengalaman beliau yang dididik oleh para guru yang penyayang turut juga menjadi inspirasi untuk beliau menyusun ayat sehingga menjadi cerita-cerita yang sarat dengan pengajaran.

Kumpulan cerpen ini meneruskan lagi pelayaran Farahana Hussain dalam segara penulisan kreatif tanah air.