Buku

Lela Rentaka

Penulis: Syahidatul Munirah

ISBN: 9789670869841

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

“Lela Rentaka anakanda beta ini, kecil-kecil cilik padi. Tampak kecil, tetapi gagah berani. Sekali meletup, bergoncanglah bumi!”

Lela Rentaka, meriam kecil yang mewarnai dunia kepahlawanan Melayu. Bunyi letupannya mengguntur bumi dan menggegarkan musuh.Kegemilangan tidak tertanding tolok bandingnya jika disamakan dengan meriam buatan Portugis mahupun Belanda.

Tetapi kisah yang gemilang seringnya tidak bertahan lama dan berhujung kelam. Ya, pihak yang menang menuliskan sejarah, dan pihak yang kalah tersembunyi dalam cerita sejarah. Maka Kumpulan Cerpen Lela Rentaka, buku sulung Syahidatul Munirah hadir mencerekakan kembali cerita-cerita sejarah Melayu. Banyak kisah yang telah dilelapkan sehingga kita terlupa pernah menjadi ketuanan yang gemilang.