Buku

Lari

Penulis: Amir Hassan

ISBN: 9789674601690

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Berani kerana benar, takut kerana salah tetapi, lain pula ceritanya dengan Dorame anak beranak. Mereka bertiga lari bukannya kerana Majid bersalah membunuh teman wanitanya, tetapi mereka lari kerana…

Kehidupan yang aman dan makmur di Malaysia telah menarik minat ramai pendatang asing untuk mencari nafkah di sini. Mereka lebih selesa tinggal di lubuk emas ini berbanding dengan di negara asal mereka. Walaupun cerita ini berkisar seputar kehidupan sebuah keluarga pendatang asing (PATI), namun wajar bagi khalayak pembaca untuk menyelami persoalan-persoalan yang tersirat di balik kisah PATI itu sendiri dengan lebih jauh lagi.

Unsur sinis yang mencuit setiap kekurangan dalam sosiobudaya masyarakat kita turut diselitkan agar khalayak pembaca dapat menilainya dengan penuh kesedaran.