Buku

Kumpulan Puisi: Sangkar Alam

Penulis: Solihin Osman

ISBN: 9789670868899

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sajak-sajak yang membarisi kumpulan puisi Sangkar Alam ini mengupas aksi kehidupan manusia - kehidupan yang adiwarna dan penuh dengan makna. Secara asasnya, “alam” itu dunia atau bumi manakala “sangkar” itu ialah kurungan. Jika digabungkan, dunia ini adalah kurungan. Sangkar alam mahu menterjemahkan sikap dan tingkah laku manusia secara simbolisnya melalui motif puyuh dan merak. Puyuh yang pendiam, merendah diri dan tidak bercakap banyak hanya gigih bertelur. Hal ini berbeza denga merak yang begitu bangga memperagakan kecantikan bulunya yang bersifat sementara ini. Sebanyak 45 sajak yang memenuhi kumpulan puisi ini akhirnya membentuk sebuah pemikiran yang unik tentang manusia dan manusiawi melalui perlambangan dan simbol-simbol alamnya.