Buku

Rajuk Sang Rama-Rama (Kumpulan Puisi)

Penulis: Lara MN

ISBN: 9789674607517

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Apa itu cinta? Cinta itu luas hamparannya. Cinta itu dalam dasarnya. Cinta itu jauh perjalanannya.

Sesungguhnya, ibu segala hanya milik-nya. Naskhah Kumpulan Puisi: Rajuk Sang Rama-rama ini walaupun kelihatannya agak ringan dengan mengangkat tema cinta sesama manusia sebagai paksi kepuisiannya, namun jika dibaca dengan hati yang dalam, akan terhidulah harum dan kohongnya cinta, akan terasalah manis dan pahitnya cinta.

Mendalami puisi-puisi yang terkandung dalam naskhah ini, terserlah kematangan Lara MN dalam menaakul setiap bait puisinya agar seiring dengan peradaban cinta kerana cinta itu ibarat laut, ada pasang surutnya. “Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.” - Hamka