Buku

Sejingga Musim Luruh

Penulis: Ghazali Lateh

ISBN: 9789674300753

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen Sejingga Musim Luruh ini mengandungi 18 buah cerpen yang ditulis oleh Ghazali Lateh dalam lingkungan tempoh masa 10 tahun mutakhir ini. Melalui kumpulan cerpen ini, jelas kelihatan kekuatan Ghazali Lateh yang berjaya mengolah idea, imaginasi dan persoalan dengan mengaitkannya dengan alam dan fauna, yang kemudiannya melahirkan persembahan menarik tentang isu-isu semasa. Malah penulis juga berjaya memberi kritikan sosial dan politik yang berkesan melalui cerpen-cerpennya yang bersahaja dan kadang-kadang diselitkan unsur humor. Sesuatu yang agak menarik dilakukan oleh Ghazali Lateh lewat kumpulan cerpen ini ialah keberanian beliau meneroka ke alam ghaib serta menggunakan beberapa istilah baharu yang terdapat dalam salah sebuah cerpennya. Inilah yang menjadikan kumpulan cerpen Sejingga Musim Luruh sangat istimewa