Buku

Sejadah Ibadah

Penulis: Radzemah Bolhassan

ISBN: 9789674301972

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Sejadah Ibadah menghimpunkan garapan cerpen yang menyeluruhi permasalahan sosial, penerapan unsur-unsur Islam, nilai-nilai persahabatan, dan kemanusiaan serta penelitian sudut sosiobudaya setempat. Sejadah Ibadah yang diangkat menjadi judul kumpulan cerpen ini membawa mesej keinsafan diri watak Haiza dan pahit getir mendepani cabaran dakwah dunia moden. Haiza dan Salma berkonflik rentetan fahaman berbeza dan gaya hidup hedonis yang menyukarkan usaha Haiza untuk mengajak Salma kembali ke jalan yang benar.