Buku

Seekor Pipit Sekuntum Mawar

Penulis: Siti Aisyah Mat Saad

ISBN: 9789674301125

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Seekor Pipit Sekuntum Mawar mengandungi 13 cerpen yang telah tersiar di kebanyakan media massa di Sabah. Persoalan yang dibawakan oleh penulis adalah pelbagai seperti percintaan, kekeluargaan dan pengajaran hinggalah persoalan nilai hidup dan kemanusiaan. Cerpen Seekor Pipit, Sekuntum Mawar mengisahkan pengembaraan seekor pipit kecil demi mencapai cinta sejatinya. Bagi pipit, cinta bukan hanya ungkapan, tetapi pembuktian! Walau sehingga menumpahkan keringat dan darah. Jendela sepi si gadis jelita menjadi saksi cintanya. Cinta yang tanpa berakal membawa dungu dan hidup tidak kekal. Kesetiaan dan pengorbanan menjadi rahsia sepanjang zaman!