Buku

Sang Aktor

Penulis: Subari Ahmad

ISBN: 9789674304058

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Sang Aktor menghidangkan 15 buah cerita pendek yang bernuansakan jalur-jalur konvensional dan bukan konvensional supaya pembaca dapat memilih, membaca dan mentafsirkan setiap cerita dan peristiwa; sekadar mimpi baik dan mimpi buruk atau hanya omongan semata?

Subari Ahmad menggabungkan segala mimpi dengan realiti sehingga cerita dalam kumpulan cerpen ini menjadi cerita yang aneh, samar-samar dan memerlukan pembaca memikirkan makna secara ganda dan taksa. Subari mengangkat subjek zaman silam, zaman klasik, sejarah mitos, legenda mahupun subjek yang bersifat kontemporari dengan memberikan tafsiran tersendiri, dan semua itu digambarkan secara simbolik dengan menggunakan lambang-lambang khusus yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk kefahaman.

Untuk memahami cerita-cerita dalam kumpulan ini, pembaca dituntut untuk menggunakan ketekunan kerana ciri ceritanya yang samar, remang dan non realis. Sang Aktor bukan bersifat konvensional, jauh sekali bersifat popular.