Buku

Roden yang Cenderung Terjun Dari Atas Bangunan

Penulis: Roslan Jomel

ISBN: 9789674605681

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Siapakan Roden? Mengapa Roden, seorang warganegara Malaywood cenderung terjun dari atas bangunan? Di manakah Malaywood?

Dunia Malaywood bukanlah sesuatu yang asing dengan Roslan Jomel. Negara tanpa kedudukan di peta tetapi disukai pelancong. Warganegara seperti Roden, Lelaki Kesepian, Gadis di dalam telinga, Suami Tomato, Penulis FIKsyen dan Kafka mempunyai rencam cerita yang magis dan lucu. Mereka hidup di dalam kotak mancis, hujung terminal dan juga di dalam telinga perempuan cantik.

Anda digesa membaca dan mengenali dunia Malaywood. Fiksyennya ada di antara pembaca tanpa disedari oleh sesiapa pun. Lebih dekat berbanding kuping telinga.

Selamat datang kembali ke Malaywood bersama Roden yang Cenderung Terjun dari atas Bangunan.