Buku

Rebahnya Pohon Rambutan

Penulis: Mohd.Ali Salim

ISBN: 9789674300784

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen ini merupakan hasil karya terpilih Mohd Ali Salim selama lebih lima tahun berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen. Rebahnya Pohon Rambutan yang menjuduli kumpulan cerpen ini memaparkan pertembungan kepercayaan lapuk dan baharu. Melalui watak Milah, konflik manusia dan alam diadun menjadi suatu wacana pencerahan kepada khalayak pembaca agar menerima ketentuan takdir Tuhan.