Buku

Puteri Zakiyah

Penulis: Amelia Hashim

ISBN: 9789674301118

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Puteri Zakiyah ini mengandungi 12 cerpen yang kebanyakannya telah tersiar dalam majalah dan surat khabar seperti Dewan Sastera, Talian Kasih, Berita Minggu dan Pelita Bahasa. Cerpen-cerpen ini memperlihatkan pelbagai permasalahan dan kehidupan dalam masyarakat kita pada hari ini. Kisah Puteri Zakiah balu Pak Kelana yang ingin terus hidup di rumah buruk bersendirian di tebing sungai. Suaminya ialah pejuang kemerdekaan yang berjuang melalui puisi-puisinya. Puteri Zakiyah bekas pemain bangsawan ketika berkahwin dengan Pak Kelana telah pun mempunyai dua orang anak bersama suaminya yang terdahulu. Apa yang pelik ialah semua bentuk bantuan kewangan yang diperolehinya telah diberi kepada anak-anaknya untuk menyimpannya di samping dia sentiasa menerima buah tangan oleh pelawat-pelawat yang sentiasa mengunjunginya.