Buku

Puteri Lembah Dusun Damai

Penulis: A. Ghani Abdullah

ISBN: 9789674300807

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Mengungkapkan pelbagai kisah dan subjek cerita. Subjek cerita cerpen dalam kumpulan ini mengambil kisah sejarah, realiti masyarakat dan ada cerpen yang digarap dalam bentuk mimpi.

Sesuatu yang menarik tentang kumpulan cerpen ini ialah, A. Ghani Abdullah cuba untuk keluar daripada cereka mimetik dengan menampilkan unsur keanehan atau non realisme sebagai kaedah penyampaian idea yang sinikal, ada kisah sejarah yang diolah semula dengan perspektif dan tafsiran baharu; dan ada unsur mimpi dihadirkan untuk menyampaikan mesej moral. Kepelbagaian teknik penceritaannya menimbulkan kesan yang menarik kerana ada kesegaran pengalaman yang dapat dikutip.