Buku

Penglipur Lara Dan Negeri Jenaka

Penulis: Husna Nazri

ISBN: 9789674301774

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen: Penglipur Lara dan Negeri Jenaka ini mengandungi lapan buah cerpen terpilih karya Husna Nazri yang mengungkapkan tema keagamaan, pendidikan, dan sejarah. Kebanyakan cerpennya disampaikan melalui penceritaan yang ringan tetapi mempunyai mesej yang berat.

Penglipur Lara dan Negeri Jenaka merupakan cerpen satira. Ia mengisahkan perihal rakyat di negeri Jenaka yang suka berhibur dengan mendengar celoteh dari lidah penglipur lara sehingga mereka tidak lagi berminat untuk mendekati majlis berbentuk ilmiah apatah lagi untuk bekerja mencari rezeki. Sikap suka terhadap cerita lucu dan seloka ini juga telah berjangkit kepada Maharaja negeri Jenaka. Apakah yang terjadi kepada negeri Jenaka ini? Milikilah Kumpulan Cerpen: Penglipur Lara dan Negeri Jenaka ini untuk mengetahui kesudahannya.