Buku

Pangkot

Penulis: Raymond Majumah

ISBN: 9789674601010

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Pangkot memuatkan 22 buah cerpen yang mengemukakan pelbagai tema dan pengalaman manusia yang boleh berlaku di mana-mana sahaja. Dari dunia pendidikan, menuju ke hujung Borneo, sehingga ke persada antarabangsa di Tanah Indonesia. Banyak bahagian atau aspek daripada cerpen yang terkandung dalam kumpulan ini yang sudah pernah disentuh oleh penulis lain, namun lebih banyak juga yang belum pernah diperkatakan sebelumnya. Malah plot cerita dan gaya persembahan penulis mungkin bersifat peribadi, tetapi dalam keperibadian itulah munculnya kesejagatan yang dapat disesuaikan untuk semua peringkat umur dan status kehidupan di negara ini. Meskipun cerita-cerita ini dipersembahkan secara mudah, tetapi penulis percaya sebahagian besarnya telah berjaya merakam sebahagian besar cara hidup, kegiatan sosial dan keluhuran masyarakat kita, khususnya di Sabah yang hidup bersatu padu sambil mengamalkan tradisi dan budaya masing-masing.

Walaupun Raymond Majumah mengungkapkan pelbagai tema, tetapi akarnya ialah kemanusiaan dan pohonnya ialah perjuangan yang berpuncak kejayaan. Pesan akhir yang ingin disampaikan oleh penulis ialah manis kejayaan ada di mana-mana, begitu juga pahit kekecewaan. Kitalah bertanggungjawab mencari keseimbangan antara kedua-duanya.