Buku

Naratif Jurnalis

Penulis: Nassury Ibrahim

ISBN: 9789674303273

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Cerpen bukan sahaja berkisar tentang imaginasi, kreativiti dan kecerdasan akal tetapi juga bersifat mengkritik dan membetulkan perlakuan salah secara lebih indah, bermakna dan menjentik. Begitulah yang diungkapkan Nassury Ibrahim lewat karya Naratif Jurnalis ini. Kesemua cerpen dalam buku ini terwujud daripada pengalaman dan kepekaan penulis melihat senario semasa dan diungkapkan secara lebih berseni dan berhati-hati. Penulis memilih untuk menggunakan gaya bahasa yang mudah dan mirip pelaporan sebagai gaya berbahasa yang lebih senang untuk mengkreatifkan permasalahan. Penulis bebas dalam erti kata sebenar untuk mengemukakan idea dan berekspresi. Naratif Jurnalis bukan sekadar cerpen biasa. Ia terkandung makna yang menghantar nasihat dan selaran untuk difikirkan dan diambil tindakan.