Buku

Menghitung Dosa

Penulis: Ramli Abdul Halim

ISBN: 9789670869063

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen ini mengandungi 22 buah cerpen daripada Ramli Abdul Halim yang melibatkan diri lebih dari empat dekad dalam bidang penulisan. Beliau mengetengahkan pelbagai tema kehidupan masyarakat dalam bentuk kritik sosial.

Cerpen “Menghitung Dosa” memaparkan kisah sepasang lelaki dan wanita tua di rumah kebajikan. Mereka dihantar oleh pegawai kebajikan setelah terbiar di tempat awam. Penulis menampilkan isu-isu semasa yang melanda masyarakat hari kini. Warga tua yang sering menjadi mangsa kepada kejayaan anak-anak. Kisah ibu bapa yang bersusah payah membesarkan anak-anak dan apabila mereka dewasa dan berjaya lalu berkahwin, dilema mula melanda kehidupan mereka apabila menantu tidak dapat menerima mentua yang miskin.