Buku

Menggempur Tsunami

Penulis: Mohd Kasim Mahmud

ISBN: 9789674302658

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan yang mengandungi 15 buah cerpen ini merupakan buah tangan pertama Mohd Kasim Mahmud yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Kumpulan cerpen ini membawa tema yang pelbagai, membuktikan kreativiti penulisnya yang bijak meneroka setiap dimensi kehidupan manusia. Apabila dibaca cerpen-cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini, kita akan menemukan sejarah, sains, mistik, dan kemanusiaan yang dibaurkan imaginasi. Ini sekali gus membuktikan karya sastera bukanlah sesuatu yang kosong, sebaliknya ia sarat dengan sumber ilmu yang disampaikan secara berseni. Nikmatilah setiap cerpen Mohd Kasim Mahmud dalam kumpulan ini. Kita pasti akan mendapat sesuatu di sebalik karya-karya beliau.