Buku

Memugar Ketirisan

Penulis: Mad Sakiran Sulaiman

ISBN: 9789670869537

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Memugar Ketirisan sangat istimewa. Istimewanya ia adalah kerana ditulis oleh seorang penulis gigih dari Negeri di Bawah Bayu. Seorang penulis yang dimatangkan dalam dunia penulisan melalui pengalaman hidup yang kemudiannya ditumpahkan ke dalam acuan pengkaryaan untuk dinikmati oleh semua.

Kumpulan cerpen ini membawa 17 buah cerpen yang membawa pelbagai tema dan persoalan. Tema keagamaan, alam sekitar, kemanusiaan dan dunia penulisan menjadi tema yang dominan dalam kumpulan ini. Isi cerita menjadi tulang belakang kepada kekuatan cerpen-cerpen dalam Memugar Ketirisan. Manakala elemen-elemen kedaerahan pula menjadi penokok kepada kekuatannya.

Kehadiran kumpulan cerpen ini menambah lagi khazanah kesusasteraan yang dihasilkan oleh para penulis dari Sabah, sebuah negeri yang begitu prolifik dalam dunia penulisan kreatif tanah air.