Buku

Maren

Penulis: David Bululok

ISBN: 9789670798691

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Maren merupakan suatu kelompok masyarakat yang menduduki strata tertinggi dalam sistem masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Judulnya sahaja sudah cukup gah untuk kumpulan cerpen ini mengangkat tema yang berkisar tentang warna budaya masyarakat Orang Ulu.

Kesemua 16 buah cerpen yang termuat di dalamnya berkisar seputar konflik dalam kalangan masyarakat Orang Ulu serta cerita tentang tanah nenek moyang mereka. Konflik pembangunan yang cuba dibawa oleh pihak kapitalis turut mendapat perhatian penulis.

Dengan latar belakang sosio-budaya lokal yang terserlah, buku ini mampu menyemai kembali “semangat” MAREN dalam jiwa kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak.

Maren seperti aku, tidak perlu takut pada hakikat hidup. Disebabkan status maren itulah aku di sini.