Buku

Mana Abah Kucing?

Penulis: Che Soo Ismail

ISBN: 9789674602017

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

“Di manakah abah kucing? Mengapa ibu kucing sahaja menggonggong anaknya pulang? Kenapa abah kucing sering juga tidak pulang rumah? Emak, kenapa marah-marah selalu? Abang, nanti abang balik, Boy nak beritahu, Boy nampak abang dalam tv dengan polis. Eii, kenapa kain kakak penuh darah?”

Boy, anak kecil lima tahun bertanya semua pertanyaan ini pada satu petang hujan. Namun, tiada siapa pun mahu mempedulikan pertanyaannya yang polos serta serba ingin tahun kerana dunia sedang sibuk menguruskan hal mereka sendiri. Sepertimana watak Boy, begitulah Che Soo Ismail menulis cerpennya yang terkandung dalam Kumpulan Cerpen: Mana Abah Kucing? Yang kebanyakan berkisah tentang hal-hal kekeluargaan. Ceritanya mewakili kehidupan dan budaya golongan awam atau “orang kecil” yang selalu tertinggal dalam perkembangan sejarah sosial negara.