Buku

Mahu Ke Syurga

Penulis: Karisma Kejora

ISBN: 9789674307028

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Bukan mudah untuk mengalihkan realiti kehidupan, daripada yang mikro hinggalah kepada yang makro, ke dalam penulisan berbentuk fiksyen. Bukan mudah juga untuk menjadikan realiti kehidupan itu benar-benar hidup, segar, dan penuh gaya dalam sebuah fiksyen sehingga mampu menarik perhatian dan mengusik perasaan khalayak pembaca. Walau bagaimanapun, inilah yang diperlihatkan oleh penulis lewat Kumpulan Cerpen Mahu ke Syurga ini.

Realiti kehidupan yang berlaku seputar kehidupan manusia dinampakkan penulis menerusi stail kepengarangannya yang tersendiri. Segala unsur yang melingkari kehidupan manusia-zalim, tragik, kelakar, dungu, polos, serakah, dan lain-lain-diolah dan diadun dengan cermat dan bersahaja sehingga menerbitkan rasa ingin tahu yang kuat dalam hati pembaca untuk mengikuti cerita selanjutnya. Membaca setiap cerpen dalam buku ini membuka mata kita tentang pelbagai aspek kehidupan dari sudut pandang berbeza.