Buku

Lembak

Penulis: Mohamad Kholid Hamzah

ISBN: 9789670869728

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Setiap zaman menyimpan kisah dan kita sentiasa diburu kenangan. Lembak datang dan airnya bergenang lama. Hari berganti hari dan minggu berganti bulan, seolah-olah mematikan segala punca untuk menyambung hidup. Seolah-olah mahukan manusia mengalah dan berputus asa. Namun manusia sentiasa ada sebab untuk tidak mengalah. Anak-anak kecil yang perutnya minta diisi. Rumah dan warisan yang mesti dipertahankan. Jiwa anak-anak yang mesti diisi dengan hidup bertuhan dan teguh peribadi. Lembak datang sebagai ujian untuk menjadikan manusia kuat. Tanpa ujian bagaimana manusia tahu dirinya berupaya? Bagaimana manusia tahu dia seorang yang hidup bertuhan, menerima ujian dengan hati reda akan qadak dan qadar.

Mengumpulkan 12 buah cerpen yang menelusuri kehidupan masyarakat yang digelumangi nilai-nilai sejagat dan juga cabaran-cabaran yang melingkunginya.