Buku

Ketika Hujan Renyai-Renyai

Penulis: Ahmad J.Hussein

ISBN: 9789670869315

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Cerpen-cerpen dalam Ketika Hujan Renyai-Renyai ini memperlihatkan pelbagai masalah manusia, yang cuba dibentangkan untuk diberi penyelesaian atau tafsirannya. Dalam sesetengah cerpen, penulisnya sengaja memberi ruang kepada pembaca untuk memperdebatkan atau mencari jalan dan lorong penyelesaian mengikut tanggapan masing-masing setelah membacanya. Inilah antara kelebihan cerpen-cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini, pembaca boleh membuat kesimpulan dan mewacanakan sendiri setiap isu dan peristiwa yang diungkapkan oleh penulis. Penulis seolah-olah memberi ruang kepada para pembaca untuk turut sama “campur tangan” untuk mewajarkan setiap isu dan peristiwa tersebut.

Cerpen-cerpen yang digarap oleh Ahmad J Hussein sememangnya memperlihatkan kekuatannya yang tersendiri. Gaya kepengarangan beliau memancarkan keistimewaannya sebagai seorang penulis yang tidak pernah jemu-jemu berkarya. Kesungguhan beliau dalam menyampaikan pesanan-pesanan, diterjemahkan melalui gaya bahasa yang sangat mudah dan ringkas, serta pengangkatan tema yang sentiasa berlegar-legar di sekitar khalayak. Kemunculan buku ini menghantar isyarat bahawa Ahmad J Hussein tidak akan meletakkan titik noktah dalam dunia yanng sudah berdekad diceburinya.