Buku

Hati Seorang Ummi

Penulis: Sharif Putera

ISBN: 9789674304638

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Hati Seorang Ummi merupakan himpunan cerpen yang digarap oleh Sharif Putera yang berlandaskan kehidupan yang digauli dan didekati beliau. Kebanyakan cerpen yang terhimpun dalam buku ini mengangkat tema yang dekat dengan kehidupan kita. Pengalaman dalam dunia pendidikan selama puluhan tahun telah menjadikan beliau mengenali sikap dan kehidupan para anak didiknya serta rakan-rakan setugas dalam dunia ini. Segaang sama-sama bergelumang dalam dunia ini. Segala pengalaman yang tersebut telah diadun beliau dengan menggunakan pena kreatifnya dan terpancar pada beberapa cerpen dalam Hati Seorang Ummi.

Di samping itu, sebagai anak yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung, banyak perkara yang menjentik perasaan beliau. Budaya setempat, bencana alam malah perpecahan masyarakat akibat daripada perbezaan fahaman politik telah menjadi input kepada beberapa karya beliau.

Sesungguhnya kumpulan cerpen ini bukan sekadar suatu karya kreatif semata-mata, malah ia sarat dengan pelbagai perkara yang sekian lama berakar umbi dalam kehidupan kita.