Buku

Duka Belantara

ISBN: 9789674600990

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Cerita-cerita dalam Kumpulan Cerpen: Duka Belantara ini terasa begitu dekat dengan perjuangan penulisan REJAB F.I. dalam arus dunia kesusasteraan Melayu. Laut kecintaan Rejab terhadap agama, bangsa mahupun tanah airnya disampaikan dalam bentuk yang ringan dengan diksi yang sederhana serta estetika yang tetap terpelihara, tetapi masih mengangkat mesej yang berat.

Etos penghasilan karya beliau ini yang sarat dengan teguran, seakan-akan “khutbah” dalam melihat perilaku masyarakat sekitar melalui kaca mata sastera beliau. Beliau memuatkan 15 buah cerpen yang membawa alam pembacaan pembaca kepada sebuah renungan terhadap realiti permasalahan sosial budaya yang kian membelenggu masyarakat hari ini. Dalam erti kata lain, Kumpulan Cerpen: Duka Belantara merupakan kelahiran yang murni ibarat kandil yang menerangi jiwa yang semakin kelam.