Buku

Ceritera Setinggan Satu Jiwa

Penulis: Naimisa Yusof

ISBN: 9789674306670

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Ia memuatkan 13 buah cerpen pelbagai tema, iaitu tentang isu-isu semasa yang berlegar dalam ruang lingkup masyarakat semasa. Namun naratifnya menampilkan pemikiran positif dan berupaya memberikan sumbangan dalam pembinaan sahsiah manusia.

Ceritera Setinggan Satu Jiwa mengisahkan kejadian di satu kawasan perkampungan setinggan di Pekan Lama. Pada suatu hari, berlaku kekecohan apabila seorang penduduk kaya yang berpangkat Datuk kehilangan cek bernilai RM1juta. Datuk Raad yang menawarkan ganjaran lumayan berjumlah RM100,000 kepada sesiapa yang menjumpai cek tersebut. Tawaran itu menjadikan penduduk kampung setiggan gempar dan memasang angan-angan untuk menemukan cek yang hilang itu.