Buku

Buraq

Penulis: A. Razak Adam

ISBN: 9789674304508

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Buraq diangkat daripada sepuluh buah cerpen pelbagai tema oleh pengarang hasil pemerhatiannya terhadap kehidupan ini. Penulis mengungkap pengalaman hidup yang dilaluinya dan mencernakannya dalam bentuk tulisan mengikut sudut pandangnya sehingga terhasil karya dengan gayanya yang tersendiri dan menarik.

Buraq mencetuskan persoalan mungkinkah KEPLER itu bumi baru yang sedia untuk dihuni? Layakkah dia ditakdirkan menjadi Adam ke planet KEPLER itu? Jikalau dia ditakdirkan begitu, maka siapakah yang selayaknya menjadi Hawa? Adakah Caroline? Lolitha yang ateis atau Kapten Chong Mei Ling dari China yang kuat pegangan Buddha itu? Fikirannya menjadi kacau sedangkan dia sebenarnya sedang kuat berdoa agar diterima dalam kalangan lima orang penumpang Buraq.