Buku

Bendera Putih

Penulis: Chai Loon Guan

ISBN: 9789674307141

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Berpuluh-puluh tahun dahulu, Ah Ti tiba dari daerah Enchuan, China di Pura Singa kemudian menuju ke Tanah Melayu. Di tanah baharu ini Ah Ti mengejar cita-citanya dalam kesukaran hidup dan kerinduan kepada anak keluarga yang jauh di mata. Ada dugaan, air mata dan debar dalam menempuh hidup baru. Apakah Ah Ti dapat mengubah nasib dan masa depannya di Tanah Melayu? Membaca kisah Ah Ti yang dibentuk dalam beberapa buah cerpen merakam mobiliti sosial masyarakat Cina dengan masyarakat pelbagai kaum dalam Tanah Melayu.

Buku ini menghimpunkan gugusan cerpen pilihan Chai Loon Guan sepanjang kepengarangannya dari tahun 1987 sehingga 2013.