Buku

Barisan Hadapan

Penulis: Rafi Harumin

ISBN: 9789670869292

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Barisan Hadapan merupakan rakaman cerita kita-kita. Kisah biasa yang berlaku di sekeliling kita dengan sedikit garapan dan olahan kata demi menambahkan perisa dengan harapan pembaca berhenti sejenak, merenung diri dan persekitaran, mengambil iktibar dan memperbaik gerak langkah, sebelum hanyut semula dalam kesibukan masa yang dikejar-kejar.

Ia memuatkan 12 buah cerpen yang membawa pembaca kembali kepada realiti masyarakat masa kini yang bergulat dengan pelbagai karenah. Penulis sengaja mengulang tayang kisah-kisah realiti ini dalam bentuk yang lebih kreatif untuk difahami dan berkongsi pengalaman dan pemerhatiannya, yang setiap hari bergelumang dengan manusia pelbagai ragam. Dalam erti kata lain, Barisan Hadapan ialah bekal yang enak dan sihat, sebelum pembaca memulakan rutin harian.