Buku

Bahagia Di Dalam Balang Kaca

Penulis: Mohd Syafiq Ghazali

ISBN: 9789674601416

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Karya ini memuatkan 12 kisah yang tercetus dari ruang imaginasi tanpa sempadan, dikembangkan menerusi alur pemikiran rasional dan seterusnya diadun dengan elemen-elemen nyata dan semasa. Bermula daripada pencarian makna kewujudan diri melalui Bahagia di Dalam Balang Kaca, kepada kehidupan di dunia mimpi dalam Don Berkeluarga di Dalam Mimpi, sehinggalah terjemahan ketakutan secara nyata melalui Perempuan Berkepala Besar, pembaca akan dibawa menelusuri sebuah dunia “surreal” yang kota-kotanya dibina daripada paduan magis dan logik.

Keseluruhan ceritera dalam buku ini cuba untuk meraikan sisi aneh dan luar daripada norma kehidupan, namun kadangkala masih juga berjejak di bumi nyata.