Buku

Anak-Anak Tangga

Penulis: Chacho Haji Bulah

ISBN: 9789674300364

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Anak-anak Tangga mengandungi 10 buah cerpen pelbagai tema. Tema yang dipersembahkan oleh pengarang dalam kumpulan cerpen ini tentang masyarakat dan kehidupan, tetapi pengarang berjaya menyelitkan nilai, falsafah dan motivasi dalam cerpennya dengan begitu harmoni.

Dalam cerpen Anak-anak Tangga mengetengahkan kisah betapa sukarnya seseorang penulis untuk berubah dan berani membuat sesuatu tindakan yang luar biasa untuk mencapai kejayaan dalam hidup sehingga mereka sanggup melepaskan peluang di hadapan mata. Pengarang mengkritik peniaga-peniaga kecil yang takut untuk membesarkan perniagaannya biarpun telah diberikan kemudahan pinjaman kewangan oleh bank.