Buku

20 Cerita Tentang Tuhan

Penulis: S.M Zakir

ISBN: 9789674605674

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 30.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Sastera sering menemukan jalan lain daripada jalan yang diikuti umum. Ketika umum menemukan sejarah, sastera menemukan fiksi-fiksi di sebalik sejarah. Ketika umum menemukan sains, sastera menemukan tanda-tanda di sebalik sains. Ketika umum menemui budaya, sastera menemukan falsafah di sebalik budaya. Dan ketika umum menemukan bahasa, sastera menemukan sistem pemikiran di sebalik bahasa. Malah di sebalik agama, sastera menemukan tiitk-titik keyakinan untuk memegang kepercayan dengan lebih jitu. 20 Cerita Tentang Tuhan menghimpunkan cerpen yang cuba menemukan jalan lain daripada sejarah, sains, budaya, dan bahasa daripada jalan yang diikuti umum. Kebulatan daripada segalanya - ia menimbul-terangkan titik-titik dalam diri manusia tentang agama dan Tuhan.