Buku

Kucing Berkasut But

Penulis: Maisara Ainulsofia Abdul Rashid

ISBN: 9789670892306

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Selama berabad lamanya, Kucing Berkasut But terkenal sebagai salah seekor kucing yang paling licik dalam penulisan kisah dongeng. Kisah ini diltulis sekitar abad ke-17 oleh Charles Perrault, seorang penulis Perancis yang terkenal. Kisah ini bermula dengan seorang lelaki miskin mewarisi seekor kucing yang digelar Kucing Berkasut But. Kucing yang boleh bercakap itu membantu tuannya dengan cara mendapatkan sokongan raja. Pada mulanya, dia menangkap arnab lalu mempersembahkannya kepada raja dengan mengatakan sang arnab tersebut ialah hadiah daripada tuannya. Kemudian, dengan kelicikannya dia berjaya mendapatkan beberapa pasang baju yang cantik untuk tuannya dan akhirnya sebuah istana. Raja yakin bahawa tuan kepada beliau itu layak mengahwini puterinya dan kisah ini berakhir dengan sebuah perkahwinan.