Buku

Kuasai Cerita Anda: Panduan Penulisan Kreatif untuk Remaja

Penulis: Victoria Hanley

ISBN: 9789830688176

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Kuasai Cerita Anda merupakan pilihan tepat bagi remaja yang suka menulis. Buku ini bukan sahaja sesuai digunakan dalam kelas penulisan kreatif dan kumpulan penulisan, malah boleh dijadikan panduan bagi remaja yang berbakat dan yang meminati penulisan fiksyen. Pengarang yang pernah memenangi pelbagai anugerah, Victoria Hanley, berkongsi rahsia tentang penulisan fiksyen, daripada mencipta watak yang menarik dan dialog yang benar-benar hidup hinggalah kepada jalan cerita yang penuh aksi.

Buku ini turut mengandungi temu bual pengarang yang berjaya, seperti Joan Bauer, Chris Crutcher, David Lubar, Lauren Myracle, dan ramai lagi. Mereka mengutarakan pelbagai idea dan nasihat berguna yang dapat menjadi panduan kepada remaja yang ingin menulis. Jika anda penulis yang kreatif, anda pasti akan menyukai buku ini!