Buku

Kraf dan Resipi Dunia: Panduan Kraf dan Resipi Perancis

Penulis: Amelia LaRoche
Penterjemah: Fariza Zainuddin

ISBN: 9789674601836

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Perancis, sebuah tempat menakjubkan yang dapat menarik lebih ramai pelancong berbanding dengan negara lain di dunia. Selami buku berwarna-warni ini untuk mengetahui bagaimana orang ramai boleh jatuh cinta terhadap Perancis. Kemudian buatlah kraf berinspirasikan Perancis yang boleh disimpan atau dihadiahkan, dan masaklah beberapa sajian lazat Perancis untuk rakan dan keluarga. Hasilkan jendela kaca berwarna daripada kertas untuk bilik anda, dan ketahui kisah di sebalik jendela kaca berwarna yang sebenar di salah satu katedral tersohor di dunia pernah ditanggalkan keping demi keping. Bina sebuah model château, dan ketahui tempat orang kaya membina rumah mereka di Perancis. Lukis haiwan seperti yang ditemui di dalam gua purba yang dinamakan Lascaux. Kemudian buat semua orang kagum dengan menyediakan beberapa hidangan krep pencuci mulut atau sebakul kentang goreng yang rangup.

Sambil anda membuat kraf dan memasak ala Perancis berpandukan projek dan resipi dalam buku ini, anda juga pasti jatuh hati dengan negara yang indah ini. Vive la France!