Buku

Kraf dan Resipi Dunia: Panduan Kraf dan Resipi China

Penulis: Joanne Mattern
Penterjemah: Amutha Durairajoo

ISBN: 9789674601904

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Selamat datang ke dunia China yang mengagumkan! Tradisi purba China telah menghasilkan pelbagai makanan enak yang hebat dan kerja seni yang indah. Anda dapat mempelajari cara untuk menyediakan beberapa masakan China yang popular, seperti mi bijan, popia dan kuih bulan, dengan mencuba resipi mudah dalam buku ini.

Anda juga dapat mengetahui beberapa tradisi kesenian kegemaran penduduk China dengan membuat perahu naga, mainan teka-teki tangram, dan banyak lagi! Pada masa yang sama, anda dapat mempelajari fakta menarik tentang perayaan di China dan juga masyarakatnya, di samping perkara-perkara kecil yang mempesonakan tentang kehidupan harian. Berkunjunglah ke negara China dan kenali khazanahnya!

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial