Buku

Kosong

Penulis: S.M Noor

ISBN: 9789674307066

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Beli e-Buku:

Google

Hidup harus sederhana serba-serbi dan melayah ke akar diri. Maka, kalau kebetulan bijaksana, jangan sampai lupa akan ‘Alimnya Allah. Kalau kebetulan kaya, jangan sampai lupa akan Ghaninya Allah. Kalau kebetulan punya kuasa dan kekuatan, jangan sampai lupa akan ‘Aziznya Allah. Kepongahan tidak membawa kebaikan apa-apa dan tidak membawa kita ke mana-mana.

Demikianlah idea dan pemikiran yang ditampilkan lewat empat buah drama dalam buku ini. Baik dalam drama purbawara “Alang Perkasa”, drama kabur “Sawo”, drama sejarah “Telemong” mahupun drama kontemporari “Kosong”, kepongahan jelas tidak bermakna apa-apa kepada kehidupan! Kepongahan hanya menelurkan kerugian!

Dengan manfaat gaya bahasa yang dekat dengan penggemar drama pentas, apa-apa jua saranan, teguran dan kritikan dalam setiap cerita - baik yang tersirat mahupun yang tersurat - dapat diteladani demi melengkapkan proses pembinaan sahsiah sebagai hamba Allah. Sesungguhnya, buku ini berguna untuk menuntun manusia mendepani cabaran hidup.