Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Konsep Sosiologi Kenegaraan

Penulis: Marzudi Md Yunus

ISBN: 9789674608170

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Buku Konsep Sosiologi Kenegaraan ini berisi dengan sembilan esei penulis tentang kenegaraan sewaktu beliau melanjutkan pengajiannya pada peringkat doktor falsafah. Esei-esei beliau itu secara keseluruhan tertumpu pada hal-hal yang berkaitan dengan sosiologi kenegaraan. Aspek-aspek yang disentuh beliau dalam himpunan eseinya ini mencakupi hal-hal berkaitan dengan negara, bangsa, etnisiti, identiti, kelas sosial, perlembagaan, kepenggunaan, dan global.

Usaha penulis tampak kecil, tetapi sebenarnya sangat besar manfaatnya kepada para pelajar, khususnya pembaca, amnya. Hal ini dikatakan demikian kerana penulisan yang disampaikan dalam laras bahasa yang mudah difahami ini dapat membantu khalayak pelajar dan pembaca memahami konsep penting sosiologi kenegaraan. Asas pemahaman ini kelak dapat memudahkan pelajar dan pembaca menguasai hal-hal berkaitan sosiologi kenegaraan
yang lebih rencam dan pelbagai.

Diharapkan agar penghasilan buku ini menjadi rujukan semua pihak untuk memahami konsep kenegaraan. Buku ini juga diharapkan agar dapat diterima sebagai salah sebuah buku yang menambahkan kepustakaan dalam bidang sosiologi kenegaraan dalam bahasa Melayu.