Buku

Konklusi

Penulis: Fairul Pujangga, Ayudez Fia

ISBN: 9789674604400

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 28.00 / 33.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Konklusi jelas sebuah antalogi drama remaja yang bukan sekadar menambah khazanah kesusasteraan tanah air semata-mata, malah membuka ruang yang lebih meriah kepada aktiviti teater untuk khalayak sasar tersebut. Seperti yang disebutkan sebelum ini, bahan mentah (skrip) yang baik dan berpotensi, sangat penting untuk menghasilkan teater yang memikat dan berkesan. Selain daripada memperlihatkan pembinaan struktur dramatik yang kemas dan tersusun, drama-drama dalam kumpulan ini juga mengetengahkan pelbagai isu dan permasalahan di sekitar dunia remaja yang sekali gus mengangkat pemikiran pengarang-pengarangnya. Kehadiran kedua-dua penulis menghasilkan antologi Konklusi ini, Fairul Pujangga dan Ayudez Fia, harus diperhatikan dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka adalah antara penulis drama yang menjanjikan dalam dunia penulisan tanah air.”

ZAKARIA ARIFFIN
Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2001.